Thursday, December 10, 2009

Jenayah semakin menganas...

Setiap pagi sampai dipejabat yang paling utama atau lazimnya kita akan mencari akhbar harian.
Muka depan Akhabar selalu memain kan peranannya menarik pembaca pembaca yang begitu perihatin dengan gelombang kehidupan harian dipelusuk Dunia.

Kalau dulu Jenayah yang ganas dan dianggap Zalim kita baca berlaku diNegara luar, tapi hari ini Jenayah di Malaysia begitu menganas tak kenal usia, tak kira lelaki mahu pun perempuan, kanak kanak menjadi mangsa demi mangsa, Warga Emas dah tiada perasaan lagi terhadap Anak anak dan sebaya cucu cucu nya, Sanggup mereka melakukan perbuatan terkutuk dan hina , seperti, merogol, mencabul, meragut, membunuh, hanya kerana melayan nafsu syaitan dan iblis.

Apa yang patut kita lakukan, Apakah tindakkan yang seharusnya kita buat, untok kita sama sama atasi masalah ini ?

Apakah tindakkan pihak berkuasa terhadap jenayah yang membabitkan kanak kanak, perempuan, dan warga emas, yang tergulung dari kaum yang agak lemah ini.
Dengan Nasihat jangan membawa beg tangan semasa berjalan, jangan memakai barang perhiasan , jangan berjalan seorang diri , Apakah cukup untok kita selesai kan masalah ini ? Sedang kan semakin hari semakin ramai mangsa yang maut ditangan penjenayah yang tidak punya perasaan langsung terhadap kaum yang lemah.
Mereka sanggup meragut nak kasi makan anak bini. Mereka sanggup membunuh Warga emas hanya kerana mahu merompak dan samun.

Seolah mereka tidak boleh berusaha untok hidup, dengan cara ini saja yang mereka rasa senang dan mudah untok sara keluarga.

Jenayah Rogol naik malu kita membaca setiap hari ada saja yang menjadi mangsa !! Atuk , Bapa, Abang, semua sudah menjadi hati binatang. Mereka langsung tidak rasa malu atau berdosa atas perbuatan mereka. Apa dah jadi dengan Malaysia hari ini.